The Way I Am

Tuesday, March 4, 2008

Teman atau Kekasih?



Apakah kamu percaya bekas kekasih boleh menjadi teman baik? Terpulang kepada individu kerana bagi saya sekiranya kisah cinta kita berakhir dengan persefahaman, ada kemungkinan tetapi jika disebabkan oleh salah seorang curang, pasti jawapannya TIDAK! Memang benar ada yang saya lihat boleh rapat kembali dengan bekas kekasih dan menjadi akrab sebagai kawan tetapi tak kurang juga yang bermusuhan walaupun masing-masing sudah ada teman lain. Agaknya luka tersebut amat dalam hinggakan kalau boleh kelibat pun tidak mahu dilihat. Besar kesannya sebuah percintaan..



Banyak percintaan yang bermula dengan persahabatan namun jarang sekali persahabatan bermula dari sebuah percintaan, apatah lagi percintaan yang gagal. Sepatutnya memang boleh menjadi teman baik kerana sewaktu bercinta, kita banyak berkongsi cerita dan rahsia tetapi realitinya tidak sebegitu. Bila cinta sudah tiada, maksudnya hubungan dengan dia sudah tiada.

Ada yang berpendapat tidak praktikal rasanya kalau si ex dianggap sebagai teman baik. Memang betul, banyak rahsia yang dikongsi bersama tetapi harus ingat dengan si dia, bicara kita berbeza sedangkan dengan teman baik, ada perkara yang tidak diketahuinya yang dikongsi.Dulu dialah orang yang kita puja, impikan, sayang sepenuh jiwa raga. Mana mungkin kita berborak seperti dahulu. Pasti teringat kembali semua perbuatannya yang menyakitkan hati.

Jarang sekali, kalau ada pun peratusannya agak kecil dan kiranya kamu termasuk dalam golongan yang menjadikan ex sebagai teman baik, itu satu kelebihan. Bekas kekasih tetap dianggap sebagai bekas. Tiada apa lagi yang bersangkutan dan bagi yang benar-benar terluka, kalau boleh ingin melupakan terus episod duka tersebut. Ditambah pula sudah diwar-warkan kepada teman dan mereka pula berusaha untuk menjadi penghibur bagi melupakan si dia. Apa yang sudah berlalu pasti tidak akan menjadi sama dan sesuatu yang diketahui umum terutamanya teman-teman baik kerana jika bertemu dengan bekas kekasih pun, kenangan silam tidak mungkin dialami lagi dalam situasi yang sama. Hanya teman.

Payah kan..... Mahu jadi teman atau kekasih. Kalau jadi kekasih tak boleh jadi teman kerana "treatment" untuk kedua insan ini berlainan. Jadi, kalau bekas-bekas kekasih yang berangan mahu menjadi teman karib bila sudah putus kasih tu, jangan terlalu menyimpan angan-angan. Kiranya si dia tidak mahu menerimamu sebagai kawan, janganlah kecil hati. Carilah kawan atau teman baik yang lain.


Namun, mungkin satu kelebihan itu ada pada diri kerana ex kini menjadi teman. Mungkin tidak seakrab dulu tetapi sekurang-kurangnya tidaklah bermusuh atau memanjangkan muka tatkala "reunion" bersama teman-teman lama. Kami masih boleh berbual namun tidak seperti dahulu, ada batasnya kerana diri ini kini sudah berpunya dan tanggungjawab kita adalah untuk menjaga hati dan hubungan yang baru berputik. Ceritera yang lalu biar disimpan jadi kenangan dan syukuri lah si dia yang baru kerana kehadirannya membawa seribu makna.

(me n my hubby)

Terpulanglah kepada setiap individu. Teman atau kekasih hanya diperingkat permulaanya sahaja. Apapun yang penting pilihan di tangan kita. Buatlah keputusan yang baik..







1 comment:

Anonymous said...

which one is ur Love one??